Buletin Penuh

UniMAP bukti kekuasaan dalam tenpin boling

UniMAP bukti kekuasaan dalam tenpin boling

Oleh : Syaida Farhanah

PUTRAJAYA, 21 Sept - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya memungut pingat emas lagi buat acara trio perempuan sekaligus memenangi pingat emas bagi trio lelaki pada hari ini yang dipertandingkan bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.

Seperti yang dibicarakan oleh jurulatih pasukan UniMAP sekali lagi memungut pingat emas setelah dua hari sebelumnya sudah membawa pulang pingat emas bagi acara lelaki perseorangan dan lelaki berpasangan.

Tumpuan lebih diberikan kepada pasukan trio wanita dari Universiti Malaya (UM) Khairun Nisa Ismail, Siti Hajah Jaafar dan  Woo Mei Mei setelah mereka berjaya merebut pingat perak hari ini. Ternyata hasil yang dikerah dan semangat dari keputusan pada hari yang sebelumnya memberi impak yang kuat untuk terus berusaha. Dengan jumlah skor dari pasukan Universiti Malaya (UM) sebanyak 2965, dapat mengalahkan pasukan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan perbezaan skor sebanyak 97.

Manakala bagi pasukan trio lelaki pula, pasukan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Nazrin Wagiman, Isa Kumar Jali Sulaiman dan Irwandy An pula menjadi bahan bicara pada hari ini setelah berjaya menghadiahkan pingat gangsa bagi pasukan dari UNIMAS sekaligus mengalahkan pasukan tuan rumah SUKUM Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan jumlah skor 3414 .

Masih terdapat pelbagai kejutan yang bakal ditonjolkan dari barisan atlet tenpin boling universiti pada hari esok dalam acara berpasukan lelaki dan wanita.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal