Buletin Penuh

UPSI mempamerkan prestasi yang baik dalam acara Pingpong

UPSI mempamerkan prestasi yang baik dalam acara Pingpong

Oleh : Nur Hidayah Binti Abdul Jamil

SERDANG, 20 SEPTEMBER – Pertandingan pingpong kategori berkumpulan membuka tirainya hari ini. Pasukan pemain pingpong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menentang pasukan dari Universiti Terengganu Malaysia (UMT) pada pusingan pertama dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada pusingan kedua untuk merebut tempat  suku akhir perlawanan bola tampar wanita Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Dewan Putra 2,Kolej Serumpun, UPM.

UPSI berjaya menewaskan pesaingnya UMT dan USIM dengan mata yang sama, iaitu 3 - 2 yang mana UMT dan USIM  tidak memberikan kemenangan mudah kepada UPSI sehingga mengambil masa yang lama untuk habis perlawanan.

Pengurus pasukan pingpong UPSI, Ahmad Supian bin Abdullah (49) berkata mereka menyasarkan 1 pingat emas bagi kategori perseorangan lelaki dan 1 lagi pingat untuk SUKUM 2022 dan sentiasa bekerja keras untuk sentiasa mendapatkan johan dalam semua pertandingan pingpong yang dipertandingkan.

“Perlawanan dalam kategori perseorangan lelaki terasa sengit sehingga mengambil masa yang lebih lama apabila hanya gelanggang kami sahaja yang tinggal dalam kategori berkumpulan peringkat kedua tetapi alhamdulillah kemenangan di pihak kami” katanya semasa menemu ramah selepas tamat perlawanan pusingan kedua di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM.

Setiap kali mata perlawanan berpihak kepada UPSI , satu Dewan Putra 2,Kolej Serumpun, UPM akan mendengar sorakan yang kuat dan semangat daripada pihak atlet-atlet UPSI yang berada di luar gelanggang.  

Tuan rumah UPM telah berjaya menjadi johan dalam kumpulan B apabila dapat menewaskan Universiti Malaysia Pahang (UMP) 5 - 0 dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 3 -2 di gelanggang 2 manakala di gelanggang 3 , Universiti Malaya (UM) menewaskan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) 4 - 1, Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa)  4 – 1 dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) 4 - 1 sekaligus memberikan johan kepada UM dalam kumpulan C.

Lapan pasukan yang berjaya memasuki suku akhir adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan Universiti Malaya (UM).

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal