Buletin Penuh

UMP harapkan raih pingat dan pengalaman di gelanggang petanque

UMP harapkan raih pingat dan pengalaman di gelanggang petanque

Oleh: Tham Jia Yi 

SERDANG, 20 September – Pasukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersedia untuk beraksi di gelanggang petanque UPM untuk kategori trio lelaki pada hari keempat berlansungnya SUKUM ke-44. 

Noor Azlinda Binti Zainal Abidin, pengurus pasukan UMP berkata bahawa pasukannya berharap untuk mendapatkan pingat dalam acara petanque selain mengambil pengalaman untuk membaiki kesilapan yang telah dibuat pada edisi lepas. Sebelum ini, pasukan UMP pernah mendapat pingat gangsa dalam kategori beregu wanita.

Lapan pasukan yang berjaya memasuki suku akhir adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknikal Melaka (UTeM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal