Buletin Penuh

UMen mengganas di gelanggang futsal

UMen mengganas di gelanggang futsal

Oleh: Siti Khadijah Mohd Hanafi

BANGI, 22 Sept - Pasukan futsal lelaki kategori kumpulan B Universiti Malaya (UM) tidak memberi peluang kepada pasukan lawan mereka Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semasa perlawanan yang berlangsung di Sports Arena pada pagi ini. 

Dengan jaringan 5-3, perlawanan tersebut meninggalkan pasukan UTM daripada merebut sebarang jaringan dan peluang pasukan UTM untuk menyumbang jaringan juga gagal sehingga ke akhir perlawanan tersebut. 

Penjaring Muhammad Faiz Aiman Ibrahim lincah beraksi semasa perlawanan tersebut dan menjaring gol kemenangan bagi pasukan UM pada minit ke 33. 

Sementara itu, saingan bertambah sengit antara pasukan futsal kategori kumpulan C apabila Universiti Teknologi MARA (UiTM) mulai bangkit daripada kekalahan semalam dengan menewaskan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan 2-1. 

UiTM terus memberi asakan yang padu dan jaringan daripada Mohamad Shahfiq Ahmad Sapri pada minit ke 25 terus menamatkan perlawanan yang memihak kemenangan kepada pasukan futsal mereka. 

Bagi kumpulan A, pasukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pamer aksi cemerlang apabila berjaya mengalahkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2-1. 

Pasukan futsal wanita tidak lelah dalam mengejar kemenangan mereka apabila Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari kumpulan A sekali lagi membuktikan kehebatan mereka di dalam gelanggang dengan jaringan 5-0. 

Pasukan tuan rumah Universiti Putra Malaysia (UPM) memberikan persembahan yang cukup hebat apabila penjaring pasukan tersebut berjaya menyumbang 3-1 semasa melawan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Pasukan futsal lelaki yang layak ke pusingan kedua akan ditentukan melalui undian malam ini dan pasukan futsal wanita UMS, UPM, UiTM, UTM akan layak ke separuh akhir pada 23 September ini.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal