Buletin Penuh

UMP cemerlang futsal kategori kumpulan

UMP cemerlang futsal kategori kumpulan

Oleh: Siti Khadijah Mohd Hanafi 

BANGI, 20 Sept – Pertandingan futsal membuka tirai dengan saingan yang sengit apabila Universiti Malaysia Pahang (UMP)  menyumbang jaringan 5-0 terhadap Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam kategori lelaki kumpulan B inidi UNITEN, pagi ini.

Bagi kategori kumpulan A, Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberi asakan yang padu dengan jaringan pada minit ke 16 menerusi Arlon Miranda Lauriano ketika perlawanan di Sports Arena, UNITEN semasa menentang Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Gol kedua dan ketiga menyusul dengan jaringan pada minit ke 18 dan 27 dari Azman Soaibah.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) memulakan dengan langkah kanan apabila pada separuh masa kedua pasukan kumpulan C ini mengejar jaringan dan Mohammad Shahfiq Ahmad Sapri menyumbang gol pada minit ke 28 semasa menentang pasukan tuan rumah, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Skuad UiTM melengkapkan kemenangan mereka dengan jaringan gol yang terakhir pada minit ke 39 dengan jayanya.

Seterusnya, bagi futsal kategori wanita pula tidak kurang hebatnya apabila Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari kumpulan A mengejar dan menyumbang jaringan 3-1 ketika melawan Universiti Malaya petang tadi.

Zuraidah Aman menyumbatkan gol dua kali berturut-turut dengan cemerlang pada minit ke 5 dan 11 dan jaringan ini melengkapkan kemenangan pasukan futsal mereka terhadap UM.

Saingan kumpulan B di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berakhir dengan 1-0.

Perlawanan futsal pusingan pertama antara pasukan futsal lelaki dan wanita akan terus berlangsung 21 sehingga 22 September. 

Futsal lelaki 
20 Sept 
(UiTM – 4) vs (UPM – 1) Kump C
(USM – 0) vs (UUM – 0) Kump C
(UM – 4) vs (KPT – 1) Kump B
(UTM – 0) vs (UMP – 5) Kump B 
(UniSZA – 1) vs (UMS – 3) Kump A

Futsal Wanita 
20 Sept 
(UM – 1) vs (UTM – 3) Kump A
(UiTM – 1) vs (UKM – 0) Kump B 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal