Buletin Penuh

UPSI Merampas Kilauan Emas UM

UPSI Merampas Kilauan Emas UM

Oleh: Wan Muhammad Muizzuddin

SERDANG, 22 September – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya merampas kilauan emas daripada pasukan lawan yang digeruni pasukan lain, Universiti Malaya (UM) pada hari kedua pertandingan Dart SUKUM 2022 hari ini.

Menurut Pengurusi Pasukan Dart UPSI, Meor Ahmad Shahril Bin Meor Ahmad Nazizah, SUKUM 2022 ialah SUKUM yang kali keempat mereka sertai dan hari ini mereka telah mencipta sejarah berjaya mendapatkan juara di dalam acara Dart.

“Sebelum ini, pasukan dart UPSI tidak pernah berjaya ke peringkat separuh akhir namun hari ini dengan usaha dan latihan pemain-pemain dari bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga bermulanya SUKUM 2022, kami berjaya mendapatkan juara hari ini.

“Bagi saya kejayaan ini ialah kejayaan bersama. Pemain-pemain di bawah jagaan saya telah mendapat bantuan latihan yang betul dan juga cukup untuk bertanding sempena SUKUM 2022,” katanya.

Tambahan beliau, beliau juga merupakan antara salah satu pemain untuk pasukan dart UPSI yang akan bertanding untuk kategori hari esok iaitu kategori Berseorangan.

“Sekiranya kesihatan saya memberi peluang untuk saya bermain bagi kategori esok, kemungkinan besar saya sendiri selaku pengurus pasukan dan juga pemain yang akan bertanding dalam kategori Berseorangan.

“Oleh kerana pemain-pemain saya telah berjaya mendapatkan pingat emas dan juga gangsa untuk kategori-kategori sebelum ini, maka saya sendiri juga akan cuba bertanding sehabis baik saya untuk terus mendapatkan tempat pertama atau tempat ketiga sekiranya tidak bernasib baik untuk hari esok,” katanya.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal