Buletin Penuh

UPNM mula pamerkan taring mereka

UPNM mula pamerkan taring mereka

Oleh Syaida Farhanah

PUTRAJAYA, 20 Sept - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) Norhelmi Azizan dan Faizuliyana Mamat berjaya memungut pingat emas sekali lagi setelah menang acara wanita berseorangan yang dipertandingkan semalam bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.

Secara keseluruhan skor, Faizuliyana Mamat mencatat 1042 jumlah skor dan Norhelmi Azizan pula mencatat 1028 jumlah skor. Dengan hasil yang ditunjukkan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) sekaligus berjaya mengalahkan tuan rumah Universiti Putra Malaysia (UPM) SUKUM pada kali ini dengan jumlah skor berpasangan sebanyak 2070.

Wakil dari Universiti Sains Malaysia (USM) Nor Zainah Bahari dan Norashikin Alladdin pasukan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Suliana Mat Saud dan Nor Shafiqah Alia Amran juga tidak kurang hebatnya berentap dengan penuh semangat dengan sokongan dan dorongan dari jurulatih dan rakan sepasukan lain. Hal yang demikian, kedua dua pasukan berjaya merebut pingat perak dan gangsa.

Kesemua pasukan telah bersiap sedia untuk bertanding acara trio tenpin boling dengan persiapan yang lebih rapi pada hari esok.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal