Buletin Penuh

Pasukan Catur Wanita UiTM  Jauh Meninggalkan Pihak Lawan

Pasukan Catur Wanita UiTM Jauh Meninggalkan Pihak Lawan

Oleh: Wan Muhammad Muizzuddin

SERDANG, 22 September – Pasukan catur wanita Universiti Teknologi MARA (UiTM) jauh meninggalkan pihak lawan iaitu Univeriti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), Univeristi Pura Malaysia (UPM) selepas hari kedua perlawan Catur Classical Wanita tamat. 

UiTM telah mengumpulkan sebanyak lapan mata perlawanan meninggalkan UPM dan UTeM sebanyak dua mata perlawanan setelah selesai kedua-dua pusingan yang telah dipertandingkan hari ini.

Sementara itu, pasukan catur lelaki UKM telah mara ke hadapan setelah perlawanan sengit berlaku antara UiTM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam kategori Catur Classical Lelaki. UKM mempunyai tujuh mata perlawanan manakala, UiTM, UTM dan UUM mempunyai enam mata perlawanan.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal