Buletin Penuh

UTeM mempamerkan prestasi yang baik di Gelanggang Petanque

UTeM mempamerkan prestasi yang baik di Gelanggang Petanque

Oleh: Tham Jia Yi 


SERDANG, 18 September – Pertandingan petanque kategori trio wanita membuka tirainya hari ini. Pasukan pemain trio wanita petanque Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menentang pasukan dari Universiti Perlis Malaysia (UniMAP) kedua-dua pasukan mempamerkan potensi yang tidak jauh bezanya.

Pusingan pertama antara UTeM dengan UniMAP tamat dengan mata 11 – 9 yang memberi mata kemenangan pertama buat UTeM.

Pada pusingan kedua UTeM meneruskan momentumnya berdepan dengan pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada awal permainan, UTeM mendahului enam dan  tidak memberi sebarang peluang untuk pasukan UTM untuk mendapatkan mata tambahan sehingga tamat permainan dengan pungutan mata sebanyak 13-3 yang memihak kepada UTeM untuk memperoleh kemenangan yang kedua dalam kumpulan B.

“Pasukan kami memang mengharapkan pingat emas untuk kategori ini dan pasukan kami memang pernah mendapat pingat gangsa pada SUKUM 2018 yang diadakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Persaingan yang sengit akan berlaku apabila berdepan dengan pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM)”, katanya.

‘‘Keadaan padang dan nasihat jurulatih merupakan faktor yang paling penting untuk membolehkan kami memenangi perlawanan tersebut. Kami tidak boleh meninggalkan rakan sepasukan kami kerana kami berada dalam satu pasukan yang sama melalui galakan dan komunikasi yang baik antara rakan sepasukan amat penting dan tidak gopoh untuk mendapatkan mata bagi memenangi perlawanan.’’  kata salah satu pemain pasukan UTeM, Pn Masri binti Awaludin ketika ditemui selepas perlawanan tamat.

UTeM diiringi UTM naib juara kumpulan B bersama UniSZA dan KPT dari kumpulan A, UPSI dan UMP dari kumpulan C serta UPM dan UiTM dari kumpulan D ke peringkat suku akhir yang dijadualkan akan berlangsung petang ini.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal