Buletin Penuh

USM DAN TUAN RUMAH BERJAYA MARA KE PERINGKAT AKHIR ACARA PINGPONG PASUKAN CAMPURAN

USM DAN TUAN RUMAH BERJAYA MARA KE PERINGKAT AKHIR ACARA PINGPONG PASUKAN CAMPURAN

Oleh : Nur Hidayah Binti Abdul Jamil

SERDANG, 21 SEPTEMBER – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)berjaya menempatkan tempat ke peringkat akhir dalam acara pingpong pasukan campuran di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM.  

USM telah menewaskan IIUM 3-0 di gelanggang 1 manakala UPM menewaskan UM 3-0 di gelanggang 4 dalam perlawanan pada peringkat separuh akhir pada petang tadi.

Permainan yang sangat sengit antara pasukan UPM dan UM  yang hanya membezakan satu mata pada kategori beregu lelaki yang memberi kemenangan kepada UPM.

Azizulkefly Bin Muhamed Amin (40) pengurus sukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) berkata, pihak mereka tidak menyangka dapat bertanding bersama pasukan yang hebat, USM kerana mereka menyasarkan hanya ke peringkat suku akhir bagi kategori pasukan campuran.

“Pihak kami tidak menyangka yang kami dapat mara ke peringkat separuh akhir apabila menang bertanding dengan UPSI dan satu gelanggang dengan pihak USM pada peringkat separuh akhir adalah salah satu kebanggan buat kami kerana mereka adalah pasukan yang hebat yang kita dapat lihat betapa solid dan balance dari segi atlet-atlet mereka”.

Pada 24 September pukul 9 pagi akan berlangsung peringkat akhir bagi acara pingpong pasukan campuran yang akan menentukan johan dan naib johan bagi UPM dan USM di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM.  

Keputusan :
Mara ke Peringkat Akhir :
USM : IIUM = 3:0
UPM : UM =  3:0

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal