Buletin Penuh

Acara Dart Kembali dipertandingkan

Acara Dart Kembali dipertandingkan

Oleh: Wan Muhammad Muizzuddin

SERDANG, 21 Sept - Acara Dart akan dipertandingkan semula pada SUKUM 2022 selepas dikecualikan pada SUKUM yang ke 43, 2018.

Pengerusi, JK Teknikal dan Pertandingan (Dart), Saiful Bahrie bin Abdul Manap berkata bahawa pertandingan dart ini tidak ditawarkan pada SUKUM 2018 kerana tuan rumah SUKUM 2018, iaitu Universiti Pahang Malaysia (UMP)  kekurangan staf yang mempunyai kebolehan untuk bermain permainan dart ini.

Tambahan beliau, tiga kategori yang akan dipertandingkan di dalam acara dart iaitu Empat Bepasukan, Beregu dan Berseorangan. 

"Dalam kesemua kategori tersebut, kategori Beregu dan kategori Berseorangan sering dinantikan oleh khalayak ramai. Dua kategori ini ialah kategori yang sengit dan akan membuat seluruh pertandingan tersebut menjadi lebih menarik dan seronok untuk ditonton," katanya.

Pertandingan Dart SUKUM 2022 akan bermula pada hari esok, 22 September sehingga 24 September dan akan diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Mahasiswa, UPM.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal