Buletin Penuh

Lontar peluru wanita sumbang dua emas buat UPM

Lontar peluru wanita sumbang dua emas buat UPM

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

KAJANG, 22 Sept - Kemenangan dua atlet lontar peluru wanita Universiti Putra Malaysia (UPM) menambahkan lagi kilauan emas UPM pada hari terakhir sukan olahraga yang dipertandingkan di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) di sini, hari ini. 

UPM membolot emas menerusi acara lontar peluru wanita senior veteran yang diwakili oleh Norafzan Jaafar dan wanita senior, Norliyana Kamaruddin. 

Norafzan yang meluahkan rasa gembira berkata ini merupakan emas yang pertama beliau berjaya sumbangkan buat UPM.

"Semalam bagi acara lempar cakera saya di kedudukan keempat jadi hari ini saya cuba untuk dapatkan emas. Inilah hadiah terindah buat UPM," katanya. 

Sementara itu, Liyana memperoleh emas dengan mudah apabila balingannya jauh meninggalkan peserta lain dengan catatan 10.34 meter (m) berbanding Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 7.51m.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal