Buletin Penuh

UM dan USIM sahkan ke Suku Akhir Sepak Takraw

UM dan USIM sahkan ke Suku Akhir Sepak Takraw

Oleh: Dahlan Ismail Abu Bakar

SERDANG, 22 Sept - Pasukan sepak takraw Universiti Malaya (UM) mengesahkan mara ke saingan suku akhir acara sepak takraw di temasya Sukan Staf Universiti - universiti Malaysia ke 44 di sini hari ini.

UM yang menang mudah ketika bertemu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 3-0 menjadikannya sebagai Johan kumpulan A. Manakala USIM yang mengumpul 2 mata sebagai naib johan kumpulan turut layak ke saingan peringkat suku akhir.

Sementara itu, saingan kumpulan C masih berlangsung dengan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengalahkan UTeM 3-0 pagi ini. 

Penentuan johan dan naib johan kumpulan C diteruskan petang ini setelah UiTM bertemu UniMAP dan UPM bertemu UUM di kumpulan B.

Peringkat suku akhir sepak takraw berlangsung esok di Stadium UPM.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal