Buletin Penuh

UMK Tampil Muka Baharu Acara Bola Tampar Lelaki

UMK Tampil Muka Baharu Acara Bola Tampar Lelaki

Oleh Assharaff Khan

KAJANG, 19 Sept - Pasukan bola tampar lelaki Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menampilkan muka baharu pasukan bola tampar lelaki kerana setelah lama mereka tidak menghantar wakil dalam pertandingan bola tampar kategori lelaki.

Jurulatih pasukan bola tampar lelaki UMK, Nik Muhammad Khalid Nik Abd Rahman berkata mereka tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam acara bola tampar lelaki Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 kerana kebanyakan mereka adalah muka-muka baharu.

“Sasaran kami tak tinggi sangat, cukup melepasi peringkat kumpulan dan beranggapan pertandingan kali ini sebagai pendedahan kepada pemain untuk pertandingan akan datang.”

“Pesaing bagi kami adalah UKM kerana UKM memang dah ada nama dalam SUKUM dan kami tetap akan buat yang terbaik demi UMK,” kata beliau di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan kerana memudahkan urusan latihan dengan memberi pelepasan untuk membuat latihan pada waktu petang.

Menariknya, penyokong Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) turut menyokong pasukan bola tampar lelaki UMK dengan semangat ‘sek kito jange pecoh’.

Permainan di gelanggang B hari ini pasukan UMK menewaskan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan mata 25-14 dan 25-18 manakala di genggang A Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) menewaskan pasukan bola tampar lelaki Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan mata 25-21 dan 25-15.

Pada sesi awal perlawanan di gelanggang A pasukan bola tampar lelaki UniSZA telah berjaya mengalahkan pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 25-14 dan 25-22 manakala di gelanggang B, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya menewaskan Universiti Malaya 25-12 dan 25-16.

Penutup harini ini di gelanggang B, Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya menewaskan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan mata 25-17 dan 25-20 manakala di gelanggang A tuan rumah, iaitu UPM telah ditewaskan oleh pasukan bola tampar lelaki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan mata 25-17 dan 25-20.

Tekanan kepada pasukan bola tampar lelaki UPM untuk memastikan kemenangan pada perlawanan esok untuk merebut tempat naib johan kumpulan bagi memastikan mereka layak ke peringkat suku akhir.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal