Buletin Penuh

BADMINTON PASUKAN UMT RAIH EMAS, TEWASKAN UTHM 3-1

BADMINTON PASUKAN UMT RAIH EMAS, TEWASKAN UTHM 3-1

Oleh Tan Sher Kee 

BANGI, 22 Sept – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya merampas pingat emas dalam acara badminton lelaki dengan menewaskan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 3-1, dalam Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022.

Pengurus pasukan badminton UMT, Encik Mohd Azam Mat Yaacob berpuas hati dengan keputusan akhir ini kerana beliau mempunyai keyakinan terhadap pasukan. Pada masa yang sama, beliau turut memuji kekuatan pasukan lawan UTHM.

“Ini merupakan kali pertama kita berdepan dengan pasukan UTHM yang agak kuat dalam peringkat akhir. Kita belajar kekuatan mereka dan telah membuat susunan strategi seperti menukar pemain perseorangan ke beregu.”

Perlawanan peringkat akhir bermula dengan dimenangi oleh pasukan UTHM dengan 21-9, 21-12. Seterusnya, pasukan UMT memenangi perlawanan kedua dengan 21-19, 21-18, perlawanan ketiga dengan 21-13, 21-9 dan perlawanan akhir 21-7,21-11.

Sebagai tambahan, pasukan UTHM memperolehi pingat perak manakala pasukan UiTM dan pasukan UM terikat pingat gangsa.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal