Buletin Penuh

Arbiter Catur Tentukan UKM Bawa Pulang Dua Emas

Arbiter Catur Tentukan UKM Bawa Pulang Dua Emas

Oleh: Wan Muhammad Muizzuddin

SERDANG, 20 September – Dua pemain catur mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal membawa pulang dua pingat emas pada hari pertama acara catur SUKUM 2022 bagi kategori yang berlainan.

Tiga kategori yang telah dipertandingkan pada hari ini iaitu, kategori Blitz Individu Lelaki, kategori Blitz Individu Wanita dan kategori Blitz Individu Campuran.

Pemain-pemain daripada UKM bakal membawa pulang dua pingat daripada kategori yang sama iaitu Blitz Individu Lelaki. Pingat emas telah dimenangi En. Suhaimi Bin Mustafa Albakri dan pingat kedua, iaitu pingat perak pula telah dibawa pulang oleh Prof. Madya Dr. Law Zhe Kang.

Selain itu, bagi kategori Blitz Individu Wanita pula,  Dr. Norhidayah Binti Azman yang mewakili Universiti Sains Islam (USIM) bakal meraih pingat emas sehingga disahkan keputusan oleh Arbiter Catur SUKUM.

Seterusnya, kategori terakhir yang telah dipertandingkan ialah kategori Blitz Individu Bercampuran. Kategori ini sekali lagi telah berjaya dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Law Zhe Kang dari UKM.
Kesemua keputusan pemenang acara catur hari ini adalah masih belum rasmi menurut pihak Arbiter Catur SUKUM 2022.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal