Buletin Penuh

UPSI Mahu Pertahankan Rekod Memanah

UPSI Mahu Pertahankan Rekod Memanah

SERDANG, 23 Sept- Pasukan memanah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berharap agar dapat mempertahankan rekod cemerlang Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2018 sekali lagi di SUKUM 2022 dengan pertambahan beberapa pingat emas melalui penyertaan wakil wanita dalam SUKUM edisi ke-44 ini di Lapanag Sasar Memanah Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sebelum ini pasukan memanah UPSI telah berjaya memperoleh pingat emas bagi kategori senior lelaki berkumpulan, pingat perak bagi kategori vateran lelaki berkumpulan dan individu lelaki vateran semasa SUKUM 2018.

Pasukan memanah UPSI merasakan tekanan untuk mengekalkan kecemerlagan pasukan dan juga menghadapi persepsi pasukan-pasukan lain terhadap pasukan mereka di tambah lagi kehadiran Dr. Mon Redee Sut Txi bekas atlet memanah Olimpik Malaysia pada tahun 2004 yang turut mewakili pasukan memanah UPSI.

Buat pertama kalinya pasukan UPSI menghantar wakil bagi kategori wanita dan mereka yakin untuk mendapatkan emas melalui atlet wanita harapan UPSI Dr. Mon Redee.

“Bagi saya saingan pada kali ini sangat bagus, dengan pertambahan penyertaan pasukan dalam acara memanah kali ini.

“Semakin ramai penyertaan, semakin besar persaingan pasukan untuk peroleh pingat,” kata pengurus pasukan memanah UPSI ketika ditemui.

Beliau juga bersetuju apabila kategori bagi acara memanah timbah untuk memberi peluang kepada atlet  menghasilkan pingat kepada pasukan. Beliau meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada pasukan  untuk memastikan mereka berjaya memperoleh sebanyak mungkin pingat yang ada.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal