Buletin Penuh

UPM Johan Petanque Beregu Wanita

UPM Johan Petanque Beregu Wanita

Oleh: Tham Jia Yi

SERDANG, 19 September – Kem Universiti Putra Malaysia (UPM) menambah pungutan pingat emas pada hari ke-3 temasya SUKUM 2022 melalui acara Petanque kategori Beregu Wanita hari ini di Gelanggang Petanque UPM.

Kemenangan UPM diperoleh di pusingan akhir beregu wanita setelah mengalahkan pasukan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan pungutan mata 9-6.

Hazwani binti Halim and Siti Zubaidah Nur BT Marthuan  turut berkongsi bahawa kemenangan kategori trio wanita UPM semalam sedikit sebanyak menjadi pemangkin kemenangan mereka. Mereka turut berkata bahawa mereka telah berlatih dengan bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik di gelanggang perlawanan. 

Tambahan pula, mereka tidak sangka akan memasuki pusingan separuh akhir kerana ada pasukan yang lebih berpengalaman daripada mereka turut bertanding. 

Terdahulu, UPM ditewaskan oleh pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) tetapi bangkit pada pusingan kedua apabila berhadapan dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan mata 13-0. 

Hasmil Izzudin jurulatih pasukan petanque UPM berkata semua pemainnya diharapkan dapat melakukan aksi yang terbaik dan tidak memikirkan untuk menang kerana ini hanya akan menambah tekanan kepada mereka. Beliau turut berkata sasarannya pada edisi kali ini adalah untuk mendapatkan lagi satu pingat emas bagi acara petanque.

Kategori Trio lelaki petanque akan dijalankan esok pada jam 8 pagi di gelanggang petanque. 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal