Buletin Penuh

UM Bawa Emas Acara Dart

UM Bawa Emas Acara Dart

Oleh: Wan Muhammad Muizzuddin

SERDANG, 22 September - Universiti Malaya (UM) membawa pulang pingat emas dalam kategori pertama acara dart SUKUM 2022 yang telah dipertandingkan pada hari ini iaitu kategori dart berkumpulan.

UM memenangi perlawanan mereka secara berturut-turut menentang pihak lawan iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Univerisiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebelum memenangi perlawanan terakhir yang menentang Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pengurusi Pasukan Dart Lelaki UM, Suhaimi Bin Ibrahim, berkata bahawa beliau rasa sangat bersyukur selepas pasukan jagaan beliau berjaya memenangi pingat emas tersebut.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pemain-pemain kerana sentiasa berusaha menjalani latihan dan mengikut arahan saya sehingga tercapai hasrat untuk mendapatkan tempat pertama untuk kategori hari ini," katanya.

Tambahan beliau, beliau berharap agar kategori yang akan berlangsung hari esok dan seterusnya akan berjalan dengan lancar.

"Saya juga berharap supaya pemain-pemain dapat mengekalkan momentum dan teruskan usaha untuk mengekalkan gelaran juara dalam kategori beregu dan berseorangan," kata beliau.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal