Buletin Penuh

Empat pasukan bola jaring layak ke suku akhir.

Empat pasukan bola jaring layak ke suku akhir.

Oleh: Siti Khadijah Mohd Hanafi 

BANGI, 18 Sept – Pasukan bola jaring pada SUKUM 2022 pada hari kedua ini menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan apabila beberapa pasukan universiti awam layak ke peringkat suku akhir.

Bagi kumpulan A, pasukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia berjaya meraih tempat selepas menewaskan dua lagi pasukan dari Universiti Malaysia Sarawak dengan jaringan 30-17 dan Kementerian Pengajian Tinggi dengan jaringan 30-24. 

Kumpulan B juga tidak kalah hebatnya kerana pasukan yang berjaya merebut tempat ke suku akhir adalah skuad bola jaring Universiti Teknologi MARA (UiTM). Dengan asakan dan jaringan dari pasukan tersebut telah dengan mudah mengalahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Islam Malaysia dengan masing-masing jaringan 46-19 dan 69-2.

Pemenang dari kumpulan C menampilkan Universiti Malaysia Terengganu apabila mereka menamatkan perlawanan mereka dengan baik antara Universiti Malaya dengan jaringan 24-12 serta Universiti Pertahanan Malaysia dengan jaringan 38-17. 

Kumpulan D mempersembahkan pasukan tuan rumah kita sebagai juara kumpulan dan melayakkan diri ke pusingan suku akhir dengan jaringan 35-22 semasa perlawanan bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, jaringan 43-12 bersama Universiti Teknologi Malaysia, jaringan 29-19 bersama Universiti Teknikal Malaysia Melaka. 
Kesemua pemenang bagi setiap kumpulan akan berentap bersama bagi merebut tempat ke separuh akhir pada 19 September ini. 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal