Buletin Penuh

Kemenangan dari UniMAP dan UPM menutup tirai tenpin boling

Kemenangan dari UniMAP dan UPM menutup tirai tenpin boling

Oleh Syaida Farhanah

PUTRAJAYA, 23 Sept - wakil dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Ruzy Shah Ghazali meraih pingat emas sekaligus wakil dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Mohd Aiman Faris Mahidi memenangi pingat perak untuk acara master tenpin boling lelaki. Manakala,  satu satunya wakil dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Zurainy Mohd Shariff memenangi pingat emas buat sulung kalinya dalam acara master wanita. 

Seperti yang dijanjikan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Ruzy Shah Ghazali dan  Mohd Aiman Faris Mahidi sekali lagi berjaya meraih pingat emas dan perak bagi acara master lelaki. Hal yang demikian, secara keseluruhan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mengumpul 5 pingat emas dan 4 pingat perak menjadikan mereka tempat pertama dalam sukan tenpin boling.

Akhirnya emas dalam acara tenpin boling bagi Universiti Putra Malaysia (UPM) oleh Zurainy Mohd Shariff dengan jumlah skor sebanyak 1772. Ternyata hasil yang dikerah dan semangat dari keputusan pada hari yang sebelumnya memberi impak yang kuat untuk terus berusaha. Selain itu, tumpuan lebih diberikan kepada Norhelmi Azizan dan Faizuliyana Mamat dari Universiti Nasional Malaysia (UPNM) apabila mereka berjaya bangkit dan bersaing sengit lalu berjaya meraih pingat perak dan gangsa.

Dengan kemenangan yang diperolehi, Norhelmi Azizan lebih bersemangat untuk mengikuti sukan tenpin boling yang akan datang sekaligus mengambarkan rasa yang sangat gembira.

“Kejayaan pada hari ini adalah simbolik untuk lebih berusaha dan yakin pada diri sendiri serta memberi impak yang besar kepada rakan rakan seperjuangan yang lain” katanya setelah berjaya meraih pingat emas dan pingat gangsa dalam acara berpasangan wanita dan master wanita.  

Sukan tenpin boling akhirnya berjumpa akan jalan pengakhirannya buat SUKUM 2022 kali ini. Namun sukan tenpin boling keseluruhannya bukan sekadar bermain tetapi merapatkan lagi hubungan silaturahim yang sudah sedia terjalin antara kesemua universiti di Malaysia.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal