Buletin Penuh

Skuad Bola Jaring UPM pamer aksi cemerlang peringkat kumpulan

Skuad Bola Jaring UPM pamer aksi cemerlang peringkat kumpulan

Oleh : Siti Khadijah Mohd. Hanafi

BANGI, 17 Sept – Pasukan bola jaring Universiti Putra Malaysia (UPM) mempamerkan aksi cemerlang ketika pusingan awal peringkat kumpulan setelah berjaya menumpaskan pasukan lawan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dengan jaringan 35-22.

Skuad tuan rumah yang berada dalam kumpulan D memulakan saingan kumpulan dengan langkah kanan perlawanan pertama dan akan bertemu dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selepas ini. 

Pada awal perlawanan, pasukan UPM terus lincah mendahului memberi jaringan kepada IIUM dengan mata 9-4 dan terus memberikan saingan mata pada suku terakhir permainan, 22-9.

Acara bola jaring yang berlangsung di Sports Arena, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bermula hari ini sehingga Selasa, 20 September. - UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal