Buletin Penuh

UiTM hampiri Emas Takraw SUKUM

UiTM hampiri Emas Takraw SUKUM

Oleh: Dahlan Ismail Abu Bakar

SERDANG, 22 Sept - UiTM mara ke pusingan suku akhir setelah membenam UniMAP 3-0 di Stadium UPM hari ini.

UiTM mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir acara sepak takraw setelah mengumpul 6 mata penuh menewaskan pasukan UTeM, UKM dan UniMAP dalam saingan peringkat kumpulan. UniMAP walau bagaimana pun layak ke suku akhir selaku naib johan kumpulan C.

Bagi saingan kumpulan B, UPM, UUM dan UTM terikat dengan mata 2 sama. Penentuan johan kumpulan adalah melalui perbezaan set permainan dimana UPM (0), UUM (2) manakala UTM (-2). UPM dan UUM layak ke suku akhir.

Sementara itu, saingan kumpulan A menyaksikan pasukan UM dan USIM mara ke peringkat suku akhir mengikut kiraan mata. Terdahulu, UM menewaskan USIM dan UPSI, manakala USIM menang ketika menentang UPSI.

Peringkat suku akhir dan separuh akhir akan diadakan esok di Stadium UPM.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal