Buletin Penuh

UiTM tepati ramalan ke pentas akhir bola jaring

UiTM tepati ramalan ke pentas akhir bola jaring

Oleh: Siti Khadijah Mohd Hanafi

BANGI, 19 Sept – Skuad bola jaring Universiti Teknologi MARA (UiTM) menepati ramalan apabila turun menentang Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam aksi terakhir pada bola jaring SUKUM 2022 di UNITEN, esok.

Pada peringkat separuh akhir, skuad bola jaring UiTM berdepan dengan pasukan tuan rumah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan nasib menyebelahi mereka apabila menang dengan kemenangan 47-22.

Pagi tadi, skuad bola jaring UiTM memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 48-18 dalam aksi pembukaan suku akhir yang berlangsung di Sports Arena.

Pasukan bola jaring Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang kalah pada pusingan separuh akhir masing-masing memperoleh tempat ketiga dalam kejohanan bola jaring SUKUM 2022. 
Dua pasukan yang mara ke pentas akhir pada kejohanan ini akan merebut membawa pulang emas dan perak pada 20 September ini. 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal