Buletin Penuh

UM Kembali Sertai Acara Catur SUKUM 2022

UM Kembali Sertai Acara Catur SUKUM 2022

Oleh: Wan Muhammad Muizzuddin  

 

SERDANG, 19 September - Universiti Malaya (UM) kembali menyertai SUKUM 2022 dalam acara Catur setelah gagal menyertai temasya SUKUM edisi ke 43. 

Pengurus pasukan catur UM, Nurshazwana Binti Shariff berkata bahawa beliau hanya menyasarkan satu pingat gangsa dalam acara perlawanan catur pada SUKUM kali ini.

"Saya hanya menyasarkan kemenangan yang paling minimum iaitu pingat gangsa. Hal ini kerana kesemua peserta dibawah pantauan saya yang menyertai pada SUKUM kali ini adalah pengalaman pertama bagi mereka," katanya.

Tambahan beliau, UM hanya menghantar seramai enam orang peserta lelaki dan dua orang peserta perempuan bagi acara Catur.

Acara Catur SUKUM 2022 akan bermula pada 20 September dan akan berlangsung sehingga 24 September dengan tujuh kategori yang akan dipertandingkan dan menawarkan 23 pingat. -UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal