Buletin Penuh

UMT, UTHM, UiTM DAN UM MARA KE SEPARUH AKHIR ACARA BADMINTON LELAKI

UMT, UTHM, UiTM DAN UM MARA KE SEPARUH AKHIR ACARA BADMINTON LELAKI

Oleh Tan Sher Kee

BANGI, 21 Sept – Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) berjaya menewaskan pihak lawan masing-masing lalu mara ke separuh akhir. Pada masa yang sama, perlawanan akhir akan diadakan pada hari yang sama dengan perlawanan separuh akhir iaitu pada 22 September. 

Pasukan UMT telah menamatkan perlawanan dengan menewaskan pihak lawannya UKM dalam tempoh selama 52 minit dengan mata 3-0. Pasukan UMT merupakan pasukan lelaki yang pertama melangkah ke separuh akhir dalam acara badminton SUKUM.

Seterusnya, pasukan UTHM dan UiTM juga mengikuti jejak UMT berjaya mara ke separuh akhir dengan kemenangan tadi dalam perlawanan dengan mata 3-0.

Semasa perlawanan pasukan UTHM dengan UUM, UTHM telah memenangi dua perlawanan pada awalnya dengan mudah. Walaupun perlawanan ketiga telah menggunakan masa yang agak panjang tetapi pemain badminton beregu lelaki UTHM, Encik Nik Mohd Zaini B Nik Soh dan Encik Md Mahdzer B Rahmat @ Haji Abd Rahman masih bertahan dan memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 21-16, 12-21, 21-16 dalam tempoh 50 minit.

Akhir sekali, semasa perlawanan antara UM dengan UPM, pasukan UM mendahului dengan menang dua perlawanan tetapi pasukan UPM turut merebut peluang dan mengejar dua perlawanan seterusnya. Perlawanan telah menghangat setakat ini dengan mata 2-2. Pada masa ini, pemain badminton UPM mengalami kecederaan dan tidak boleh meneruskan perlawanan tersebut. Oleh itu, pasukan UM menang dengan mata 3-2 dan mara ke separuh akhir. 

Jadual perlawanan bagi separuh akhir lelaki esok telah ditentukan. Pasukan UMT akan melawan dengan pasukan UiTM manakala pasukan UTHM akan melawan dengan pasukan UM.

Sebagai tambahan, pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memulakan pusingan kedua pada jam 9 pagi hari ini di UpTown Sports dan berjaya mendapat peluang mara ke suku akhir lelaki. Seorang pemain perseorangan UPSI, Encik Fariz telah mengalami kecederaan semasa perlawanan dengan pasukan UKM. Beliau telah dihantar untuk menerima rawatan perubatan tepat pada masanya.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal