Buletin Penuh

Dr Ester Salimun ingin pertahan emas demi UKM

Dr Ester Salimun ingin pertahan emas demi UKM

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

KAJANG, 20 Sept - Pemenang pingat emas 100m, lompat jauh dan 4X100m Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) ke-43 yang lalu, Dr Ester Salimun ingin terus mengekalkan kejuaraannya pada tahun ini demi menaikkan nama dan imej Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau yang masih menyertai acara sukan yang sama pada SUKUM ke-44 kali ini bagi kategori wanita veteran berkata akan berusaha untuk mengekalkan kemenangan tersebut meskipun ramai atlet senior yang lalu telah menjadi atlet veteran.

"Jika tidak memperoleh emas, saya tetap akan cuba yang terbaik untuk membawa sebarang pingat lain demi UKM yang tercinta. Saya sedikit gementar namun saya tetap bersemangat dan teruja menyertai SUKUM selepas pandemik COVID-19.

“Bagi persiapan lompat jauh, saya banyak membuat latihan kekuatan dan daya tahan otot kaki serta teknik lompatan kerana lebih jauh lompatan lebih baik,” katanya ketika membuat latihan di Arena Sukan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di sini, hari ini.

Mengulas berkenaan persedian lariannya pula, Dr Ester berkata sejak bulan puasa lagi beliau sudah mula membuat latihan tiga minggu sekali bagi memastikan momentum lariannya kekal berada dalam keadaan yang baik. – UPM 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal