Buletin Penuh

UNIMAP MAHU MENCIPTA KEMENANGAN SUKAN BOLING

UNIMAP MAHU MENCIPTA KEMENANGAN SUKAN BOLING

Oleh Syaida Farhanah 

PUTRAJAYA ,18 Sept - Kontinjen boling Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) menyasarkan pingat emas bagi kesemua acara yang dipertandingkan bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.

Jurulatih pasukan boling Noor Amirah Mohamad berkata,  pelbagai latihan telah ditumpukan bagi mengekalkan kemenangan dalam sukan boling SUKUM.

"Persiapan yang dibuat adalah lebih tertumpu kepada latihan yang intensif dan mengekalkan tahap kesihatan pemain".

"Walaupun telah kehilangan pemain handalan atas sebab yang tersendiri namun begitu semangat kami sebagai satu pasukan tidak pernah runtuh" katanya ketika sedang tertumpu akan latihan yang sedang berlangsung. 

Beliau turut menjelaskan, permainan boling tidak hanya fokus kepada sukan semata-mata, tetapi lebih menerapkan nilai usaha untuk mencapai kejayaan..

Selain itu, jadual perlawanan bagi acara boling SUKUM pada hari esok bakal berlangsung acara perseorangan wanita dan perseorangan lelaki.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal