Buletin Penuh

Keputusan suku akhir pingpong

Keputusan suku akhir pingpong

Oleh : Nur Hidayah Binti Abdul Jamil

SERDANG, 23 SEPTEMBER - Empat kategori acara pingpong telah dipertandingkan di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM bermula pukul 10 pagi hari ini untuk menentukan universiti-universiti yang berjaya mara ke separuh akhir.

Bagi kategori perseorangan lelaki, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya menumpaskan tuan rumah 3:0 dengan jayanya. Sangkaan kesenangan buat Universiti Sains Malaysia (USM) bekas juara bagi SUKUM ke-43 di UMP yang berjaya menjatuhkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 3:0. Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga berjaya menempah nama ke separuh akhir.

Bagi kategori beregu lelaki pula Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengalahkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) 3-1 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menjatuhkan Universiti Malaya (UM) 3-0. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga berjaya menempah nama ke separuh akhir.

Diikuti dengan beregu lelaki veteran, Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) menang tanpa bertanding kerana pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) tidak memunculkan diri di acara pingpong.  
Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya melemahkan tuan rumah dengan kejayaan mata penuh 3:0 dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya menumpaskan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 3:0 . Universiti Islam Antarabanhsa Malaysia ( UIAM) juga tidak terkecuali menempah nama untuk ke pusingan terakhir.

Seterusnya, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 3-1, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menumpaskan dengan mudah terhadap UPSI 3-0.  UM dan USM juga berjaya mara ke separuh akhir bagi acara pingpong kategori beregu wanita.

Pusingan separuh akhir dan akhir akan dijalankan pada belah petang hari ini iaitu pada pukul 3 petang yang dimulakan dengan kategori beregu wanita dan veteran lelaki serta diikuti dengan kategori beregu lelaki dan perseorangan lelaki.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal