Buletin Penuh

UPM meraih emas dalam kategori perseorangan wanita senior petanque

UPM meraih emas dalam kategori perseorangan wanita senior petanque

Oleh: Tham Jia Yi

SERDANG, 23 September - Nur Shazleen Ilyana Binti Sharifuddin dari Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih pingat emas dalam kategori perseorangan wanita senior petanque dengan mengalahkan pihak lawannya Nurshafikah Binti Shaari dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan pungutan mata 13-7.

Nur Shazleen berkata bahawa beliau tidak menyasar untuk mendapat pingat dan beliau hanya melakukan yang terbaik sepanjang perlawanan. SUKUM edisi ini merupakan SUKUM yang pertama beliau beraksi dan bersyukur pada akhirnya beliau mendapat pingat emas untuk UPM.  

‘‘Yang membuat saya bersemangat adalah disebabkan saya merupakan pemain terakhir untuk acara petanque dan saya akan cuba dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan penambahan pingat emas untuk UPM. Ahli pasukan saya yang lain juga telah menyumbang dua pingat emas dan diri saya juga berharap dapat menghadiahkan lagi satu pingat emas untuk UPM kerana saya merupakan alumni

UPM dari asasi sehingga ke master. Saya akan berusaha untuk UPM and berbangga menjadi staf UPM. – katanya selepas bertemunya di gelanggang petanque.

Beliau ingin berterima kasih atas sokongan dan tunjuk ajar dari jurulatih serta rakan sepasukan yang telah membantunya mendapatkan pingat emas. Beliau juga berkata beliau akan memastikan UPM terus menjadi pemenang keseluruhan dalam acara petanque untuk SUKUM yang akan datang. Beliau juga berharap pasukan petanque UPM dapat mengekalkan prestasi cemerlang untuk memastikan UPM menjadi universiti yang terbaik dalam acara petanque.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal