Buletin Penuh

UniMAP buka tirai emas dan perak hari kedua olahraga

UniMAP buka tirai emas dan perak hari kedua olahraga

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

KAJANG, 22 Sept
- Hari kedua olahraga Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 menyaksikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membuka tirai emas dan perak dalam acara balapan 3000 meter (m) wanita senior.

Acara pertama pada hari kedua olahraga di Stadium Mini Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dimenangi oleh dua atlet UniMAP, Amalia Fatini Abdul Rahman yang meraih emas manakala Nur Syazwani Abdul Rasid di tempat kedua. 

Kedua-dua pelari UniMAP itu masing-masing mencatatkan rekod 13 minit 12.8 saat dan 13 minit 17.7 saat meninggalkan jauh pelari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurathirah Na'aim dengan catatan masa 19 minit 0.6 saat. 

Sementara itu, acara padang pertama yang berlangsung pada hari kedua di sini, hari ini menyaksikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anis Rohaiza Rosli memboloti emas buat acara melempar cakera wanita senior. 

Atlet tuan rumah SUKUM 2022, Raja Izzah Nadhirah Raja Othman terpaksa berpuas hati untuk pingat perak dengan rekod balingan sejauh 20.43m berbanding atlet UKM 21.49m.

Gangsa pula menjadi milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Rahizah Abdul Rahman dengan rekod sejauh 18.9m.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal