Buletin Penuh

UTHM dan UMT berentap dipentas akhir Badminton Lelaki

UTHM dan UMT berentap dipentas akhir Badminton Lelaki

Oleh Tan Sher Kee

BANGI, 22 Sept – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengesahkan tempat di pentas akhir badminton lelaki di temasya Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) disini hari ini.

Pasukan UTHM menewaskan pasukan Universiti Malaya (UM) tiga perlawanan mengambil masa selama 1 jam 37 minit. Manakala Universiti Malaysia Terengganu (UMT) juga mengikut jejak UTHM mara ke pusingan akhir menghampakan harapan pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke pentas akhir.

Sementara itu, pasukan wanita UiTM mudah menjinakkan pasukan UKM dengan hanya mengambil masa selama 43 minit mengesahkan tempat di pentas akhir badminton wanita. UiTM akan berdepan dengan pasukan UUM yang menewaskan UniMAP turut mendapat tempat di peringkat akhir badminton wanita.

Peringkat  akhir acara badminton lelaki dan wanita diadakan di Uptown Sport Bangi.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal