Buletin Penuh

UPM tutup tirai olahraga SUKUM-44 dengan kilauan emas

UPM tutup tirai olahraga SUKUM-44 dengan kilauan emas

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

KAJANG, 22 Sept – Kuartet 4x400m lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) menutup tirai acara akhir balapan Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke-44 dengan meraih pingat emas di Stadium Mini Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), di sini, hari ini.

Ketua kuartert UPM, Danial Asyraf Abd Ghani berkata kilauan emas yang diraih mereka seperti satu mimpi berikutan saingan sengit yang diberikan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam acara balapan.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan untuk ketiga-tiga ahli pasukan saya sebab kalau tiada mereka belum tentu saya boleh dapatkan emas. Perkara paling penting ialah keyakinan dengan diri sendiri dan ahli pasukan.

“Kebiasaannya saingan sengit dalam acara larian memang daripada UniMAP dan USM. Syukur atas kemenangan ini dan saya rasa amat gembira,” katanya.

UPM menamatkan larian dengan catatan masa 3 minit 53.8 saat dan meninggalkan Universiti Malaya (UM) ditempat kedua dengan catatan masa 3 minit 56.2 saat manakala Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di tempat ketiga bersama catatan masa 4 minit 1.3 saat.

Pungutan pingat sehingga hari ini, UPM berada di tempat ketiga keseluruhan dengan mengumpul 10 emas, 7 perak dan 10 gangsa.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal