Buletin Penuh

USM ungguli emas larian 1500m

USM ungguli emas larian 1500m

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

KAJANG, 22 Sept - Universiti Sains Malaysia (USM) terus mempamerkan aksi cemerlang dalam acara larian 1500 meter (m) apabila menggondol tiga emas bagi acara itu di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke-44 di sini, hari ini. 

Tiga emas di raih menerusi kategori 1500m lelaki veteran, Khairudin Daud, lelaki senior veteran, A. Jeegatheesvaran dan wanita senior veteran yang disertai oleh Dr. Choong Yee Siew.

Dr. Choong Yee Siew berkata rahsia kejayaan pasukan USM dalam menguasai emas acara larian jarak jauh dan sederhana jauh ialah sokongan padu yang tidak pernah putus oleh pihak pengurusan universiti tersebut. 

"Kami memang akan sentiasa berlatih bersama-sama dan kami juga diberikan masa untuk menamatkan larian ketika berlatih.

"Jadi, apabila kerjasama dan sokongan ini tidak pernah putus membuatkan kami berusaha untuk memastikan membawa hasil yang terbaik buat USM," katanya.

Beliau dan ahli pasukannya turut meluahkan rasa gembira apabila berjaya bersama-sama untuk membawa pulang hadiah pingat emas buat USM. 

Semalam, beliau turut meraih emas bagi acara 2000m wanita senior veteran manakala Khairudin Daud raih emas kategori 800m lelaki veteran dan A. Jeegatheesvaran mendapat emas acara 5000m lelaki senior veteran. 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal