Buletin Penuh

Sepakan penalti UMT menamatkan perjuangan UPM ke pentas akhir

Sepakan penalti UMT menamatkan perjuangan UPM ke pentas akhir

Oleh: Siti Khadijah Mohd Hanafi

BANGI, 23 Sept – Perlawanan separuh akhir pasukan futsal wanita menyaksikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) beraksi dengan baik apabila pasukan mereka berjaya menyumbang jaringan 2-1 dan menewaskan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk sesi perlawanan pertama. 

Masturah Majid memberikan jaringan yang mantap dan berjaya menundukkan pasukan lawan pada minit yang ke 12. Pengakhiran perlawanan ini telah melayakkan UMS dan ke pentas akhir perlawanan futsal.  

Saingan antara pasukan tuan rumah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sungguh hebat namun kemenangan berpihak kepada pasukan UTM dengan jaringan 3-1.

Perlawanan berlaku dengan sangat sengit kerana kedua-dua pasukan berusaha untuk merebut jaringan bagi pasukan masing-masing. 

Perlawanan berakhir dengan sepakan penalti dari kedua-dua pasukan kerana masing-masing mempunyai kosong jaringan. Sepakan penalti berakhir dengan pasukan UMT mendahului mata jaringan. 

Pada sebelah petang, pasukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menentang Universiti Teknologi MARA (UiTM) berakhir dengan kemenangan yang kemas oleh UiTM 4-2.

Perlawanan terakhir antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menutup tirai dengan kemenangan UUM 8-1

Perlawanan akhir antara UiTM dan UUM bagi pasukan futsal lelaki akan bermula pada pukul 11 pagi. Disusuli dengan perlawanan UMS dan UTM pada pukul 10 pagi 24 September ini.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal