Buletin Penuh

UM, UiTM dan UUM menang bergaya Acara Badminton Lelaki

UM, UiTM dan UUM menang bergaya Acara Badminton Lelaki

Oleh: Tan Sher Kee 

BANGI, 18 Sept – Pasukan lelaki Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya mengutip mata penuh bagi acara Badminton Lelaki dalam peringkat kumpulan hari ini. 

UM menang bergaya apabila berjaya mengutip mata penuh dengan menewaskan kem Kementerian Pengajian Tinggi dengan mata 5-0. Kejayaan ini turut dikongsi bersama UiTM yang menewaskan USIM dan UUM menewaskan UNiSZA juga 5-0.

Jurulatih pasukan badminton UiTM, Encik Man Azli (62) berkata bahawa matlamat mereka dalam SUKUM kali ini tidak berubah, tetap sama. UiTM telah menyertai SUKUM pada tahun 2016 serta 2017, dan kedua-duanya memasuki peringkat akhir. Ini telah menjadi tradisi mereka. Encik Man Azli juga menegaskan bahawa moto pasukan badminton UiTM ialah “Lawan Tetap Lawan”.

“Saya berharap agar kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan UiTM boleh mara ke peringkat akhir dalam SUKUM tahun ini. Saya amat memuaskan dengan persembahan mereka tadi, strategi yang kami rancang, mereka mengikutinya.“ katanya selepas tamatnya perlawanan,” katanya lagi.

Selain itu, pasukan UM juga beraksi dengan baik dalam kelima-lima perlawanan pada hari ini. Seseorang wakil pemain perseorangan lelaki daripada Universiti Malaya (UM), Encik Mohamad Zulkefly Bin Mohamad Nazri mengatakan bahawa beliau sudah melibatkan diri dalam SUKUM sebanyak tiga kali. Menurut beliau, matlamat pertandingan dalam SUKUM ke-44 adalah mara separuh akhir. Walau bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa terdapat banyak kemungkinan yang tidak boleh dijangkakan kerana kekurangan latihan disebabkan pandemik COVID-19.

Sementara itu,  beregu lelaki veteran UUM iaitu Encik Shukhairy Bin Kamaruzaman dan Abdul Halim @ Hamilton Bin Ahmad mengesahkan UUM menewaskan UniSZA 5-0 menamatkan perlawanan dengan bergaya buat UUM.

Dalam pada itu, pasukan UniMAP dan UMS merupakan kumpulan mengambil masa yang paling lama iaitu selama tiga jam setengah untuk menghabiskan lima perlawanan. Hal ini disebabkan oleh kehebatan kedua-dua pasukan yang sama rata. Mereka telah berusaha sedaya upaya untuk memenangi perlawanan. Akhirnya, pasukan UniMAP telah berjaya menang dalam peringkat kumpulan dengan mata 4-1.- UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal