Buletin Penuh

UMS Kalahkan KPT untuk Mara ke Separuh Akhir

UMS Kalahkan KPT untuk Mara ke Separuh Akhir

Oleh Assharaff Khan

KAJANG, 21 Sept - Pasukan bola tampar wanita Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tewas kepada pasukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam acara bola tampar kategori wanita Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.

Wakil bola tampar wanita KPT tidak memberikan kemenangan mudah di awal set perlawanan menentang UMS yang sentiasa mencari jalan untuk mengumpul mata melalui  serangan berganda oleh pemain nombor 12 KPT Nur Ain yang merupakan ‘spiker’ terbaik kumpulan ini.

KPT tidak gentar melawan UMS yang merupakan pasukan seeded (pilihan) bola tampar SUKUM malah lebih bersemangat untuk memberikan saingan hebat terhadap pasukan tersebut.

“Kami telah membuat persediaan dan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk perlawanan suku akhir hari ini menentang UMS yang semua orang tahu kemampuan mereka.

“Kami dari pasukan KPT sendiri akan memberikan tentangan hebat terhadap pasukan ini dan memastikan mereka tidak menang dengan mudah.” Kata jurulatih KPT, Ahmad Mustaqim.

KPT akur dengan keputusan permainan 25-11 dan 25-14 menentang UMS dan akan lakukan yang terbaik untuk perlawanan SUKUM yang akan datang.

Dalam pada yang sama, pasukan bola tampar wanita Univeristi Malaya (UM) telah berjaya menewaskan Universiti Tekonologi Malaysia (UTM) 25-15 untuk kedua-dua set perlawanan sekali gus menjadikan pasukan UM layak ke separuh akhir esok.

Esok merupakan perlawanan semi final antara pasukan bola tampar wanita Univeriti Putra Malaysia (UPM) menentang pasukan UM dan pasukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menentang UMS bagi merebut peluang ke final pada sebelah petang di Kompleks Semarak INSPEN Bangi bagi temasya SUKUM 2022.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal