Buletin Penuh

Misi pasukan bola tampar wanita UMS kekalkan kejuaraan SUKUM

Misi pasukan bola tampar wanita UMS kekalkan kejuaraan SUKUM

Oleh Assharaff Khan

KAJANG, 19 Sept - Hari kedua perlawanan bola tampar wanita Sukan Staf Antara Universiti (SUKUM) 2022 peringkat kumpulan menyaksikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menentang Universiti Malaya (UM) pada sesi kedua permainan harini yang menjanjikan persembahan terbaik oleh pasukan bola tampar wanita UMS bagi mengekalkan kejuaraan mereka dalam temasya SUKUM.

Ketua pasukan bola tampar UMS, Dkmasniah Agma Madaud berkata mereka telah melakukan persediaan yang rapi sebelum menghadapi temasya ini dengan pelbagai latihan dan perlawanan persahabatan bagi memastikan para atlet bersedia mencapai misi mereka untuk membawa pulang emas dalam acara bola tampar wanita.

“Kami juga ada membuat sesi pemilihan ahli pasukan baharu namun, masih mengekalkan ayam tambatan pasukan untuk memastikan wakil pasukan yang dihantar yang terbaik dalam kalangan kami.

“Kami juga telah mengadakan perlawanan persahabatan di sabah dan di sini kami telah memanaskan badan bersama pasukan bola tampar polis wanita Bukit Aman sebelum temasya ini bermula.

“Sebagai ketua pasukan, saya mengharapkan pasukan akan bermain dengan baik. Oleh itu semestinya akan ada kemenangan buat kami,” katanya.

Fakta menarik tentang pasukan bola tampar wanita UMS ini, mereka telah bersama-sama sebagai pasukan sejak 2002 dan 2006 mereka juga telah berjaya mengalahkan pasukan bola tampar wanita Universiti Putra Malaysia (UPM) di Kompleks Semarak INSPEN Bangi ini juga dan merangkul pingat emas di sini dalam acara bola tampar wanita.

Perlawanan harini UMS berjaya menewaskan UM dalam perlawanan yang sengit kerana kedua-dua pasukan merupakan pasukan tumpuan dalam acara bola tampar wanita. UMS menewaskan UM dengan keputusan 25-21 dan 25-1.

Seorang atlet nombor 8 UMS Masturah dikenakan kad kuning kerana melewatkan pertukaran permain semasa perlawanan di gelanggang B pada awal perlawanan.

Di gelanggang A menyaksikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengalahkan Universiti Teknologi MARA (UITM) dalam 3 set permainan yang sengit iaitu 25-18, 14-25, dan 15-9.

Pada sesi perlawanan sebelumnya, di gelanggang A  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)) berjaya menundukkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kemenangan 25-21 dan 25-19 manakala di gelanggang B, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menewaskan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan mata 25-23 dan 25-14.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal