Buletin Penuh

Pingpong USM kekal nama 4 tempat ke final

Pingpong USM kekal nama 4 tempat ke final

Oleh : Nur Hidayah Binti Abdul Jamil

SERDANG, 23 SEPTEMBER - Pasukan pingpong dari Universiti Sains Malaysia (USM) menakluki gelanggang dengan menempah empat tempat di peringkat akhir Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) di Dewan Putra 2, Kolej  Serumpun, UPM. 

Empat kategori yang menjadi sasaran emas bagi USM ialah kategori perseorangan lelaki, beregu lelaki dan campuran berpasukan serta beregu lelaki veteran.

USM gagal melepasi separuh akhir dalam kategori beregu wanita apabila tumpas dengan Universiti Malaya (UM) 3-1.

Beregu wanita tuan rumah, UPM berjaya mara ke peringkat akhir setelah menewaskan UM 3:0. Meskipun  saingan yang sengit diberikan oleh wakil UM, namun keputusan berpihak ke tuan rumah. 

Peringkat akhir bagi empat kategori iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki dan wanita serta beregu lelaki veteran pada petang ini akan bermula pada pukul 4 petang setelah selesai perlawan peringkat separuh akhir. Bagi peringkat akhir kategori perseorangan lelaki akan berlangsung esok pada pukul 9 pagi.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal