Buletin Penuh

UMK memperoleh emas dalam trio lelaki petanque

UMK memperoleh emas dalam trio lelaki petanque

Oleh: Tham Jia Yi

SERDANG, 20 September – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memperoleh emas acara petanque trio lelaki setelah menewaskan pasukan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan mata 13-7 di gelanggang petanque UPM hari ini.

Di awal permainan, KPT mendapat 5 mata dari pemain Mohd Rozi bin Mahmud yang mengembalikan bola pasukannya untuk berada bedekatan dengan jack setelah ditolak oleh pemain pasukan KPT.

‘‘Kami berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi hari ini kerana telah membuat persiapan selama setahun untuk SUKUM kali ini dan berjaya mendapat keputusan yang lebih baik kali ini berbanding edisi lepas berpuas hati DENGAN pingat perak.’’ – kata Mahathir Muhamad ketua pasukan trio lelaki UMK ditemui di gelanggang petanque.

Beliau juga berkata bahawa persefahaman antara ahli pasukan juga penting dalam sesuatu perlawanan kerana ahli pasukan berlatih dan bemain bersama menjadikan mereka mempunyai keserasian antara mereka.

Selain itu, beliau berharap ada pertambahan pingat untuk UMK dalam acara petanque bagi kategori lain yang dipertandingkan.
Acara petanque kategori perseorangan wanita veteran yang akan beraksi di gelanggang petanque UPM bermula esok.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal