Buletin Penuh

Dua emas ditawarkan di gelanggang petanque

Dua emas ditawarkan di gelanggang petanque

Oleh: Tham Jia Yi

SERDANG, 22 Spetember – Pusingan akhir bagi acara petanque perseorangan lelaki senior dan beregu lelaki dijalankan di gelanggang petanque UPM pada petang tadi.

Dalam kategori perseorangan lelaki senior, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang diwakili oleh Ahmad Syafiq Bin Mohamad Rudzalan menewaskan lawannya Syed Akmal Fikri Syed Ali dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan pungutan mata 13-7 lalu menjadi johan bagi kategori perseorangan lelaki senior.

Pada awalnya, Syed Akmal (UiTM) mendapat mata yang pertama dalam awal perlawanan lalu dikejar oleh Ahmad Syafiq (KPT) dengan kelebihan 1 mata mendahului lawannya (2-1). Pada akhir perlawanan, Syed Akmal tidak dapat membuat balingan bola pada balingan terakhirnya untuk mendekati ‘jack’ yang sebelum ini bolanya telah ditolak oleh Ahmad Syafiq.

Dalam kategori beregu lelaki, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengalahkan kem tuan rumah Universiti Putra Malaysia dengan perbezaan satu mata iaitu 13-12 memihak kepada kem UPSI.

Pada mula perlawanan, UPSI mendapat 4 mata pertama meninggalkan pasukan UPM tetapi UPM mengejar mata demi mata untuk mengurangkan jurang perbezaan mata dengan UPSI. Pada akhir perlawanan, balingan bola oleh kem UPM tersasar dan tidak dapat mendekati ‘jack’ memberi peluang kepada kem UPSI untuk menyasar bolanya terkena ‘jack’. Balingan oleh Mohd Firdaus Adli Bin Mohd Bakri dari UPSI membuat balingan terakhirnya dan memperolehi mata penentuan membantu kem UPSI untuk meraih kemenangan.

Untuk kategori perseorangan lelaki senior, tempat ketiga disandang oleh Ramzi Mohamed dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan Muhammad Syauqi Bin Abdul Halim dari Universiti Malaya (UM).

Untuk kategori beregu lelaki, tempat ketiga dimenangi oleh kem Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan kem Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kategori wanita perseorangan senior akan berlangsung esok bermula 8 pagi di gelanggang petanque UPM. 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal