Buletin Penuh

UiTM, UUM futsal lelaki menempah tempat ke separuh akhir

UiTM, UUM futsal lelaki menempah tempat ke separuh akhir

Oleh: Siti Khadijah Mohd Hanafi

BANGI, 23 Sept - Pasukan futsal lelaki Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengisi ruang ke gelanggang separuh akhir setelah berjaya mengalahkan pasukan lawan Universiti Malaya (UM) 6-1 pada pagi ini. 

Perlawanan yang berlangsung di Sports Arena, UNITEN ini sudah semestinya memberikan sinar harapan untuk pasukan UiTM merebut peluang menjadi pasukan yang berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. 

Sepakan yang padu daripada pemain UiTM Mohamad Fahmee Saad telah berjaya memberi peluang kepada pasukan mereka melepasi ke peringkat separuh akhir apabila dia menyumbang jaringan pada minit ke 28 dan 29.

Universiti Utara Malaysia (UUM) terus mengejar mata jaringan semasa menentang Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan perlawanan diakhiri dengan 5-0. 

Aksi cemerlang yang dipamerkan oleh Mohamad Anas Jaafar pada minit ke 31 menjadikan pasukan mereka layak bersama pasukan UiTM ke pentas separuh akhir. 

Pasukan futsal lelaki UMS, UiTM, UMP dan UTM akan beradu aksi petang ini untuk menentukan kedudukan ke pentas akhir.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal