Buletin Penuh

PASUKAN BADMINTON LELAKI UMT MARA KE SUKU AKHIR

PASUKAN BADMINTON LELAKI UMT MARA KE SUKU AKHIR

Oleh Tan Sher Kee

BANGI, 19 Sept – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan pasukan lelaki yang pertama melangkah ke suku akhir selepas menewaskan UPNM 4-1 dalam perlawanan semalam dan juga UMK 4-1 dalam perlawanan hari ini dalam saingan Kumpulan B. Pengurus pasukan badminton UMT, Encik Mohd Azam Mat Yaacob berkata pemain akan berehat dahulu untuk menambahkan kekuatan mereka. 

“Masih belum diketahui apakah cabaran yang akan dihadapi kerana pelawan yang akan kami hadapi hanya akan diumumkan sehingga semua perlawanan kumpulan selesai.” Beliau juga berkata biasanya pelawan yang paling mencabar dalam SUKUM acara badminton adalah UUM, UiTM dan UniMAP. 

Pasukan badminton Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga telah memenangi dua perlawanan secara keseluruhan. 

Pengurus pasukan badminton UTHM, Encik Mohd Khir Bin Mohd Nor menyatakan bahawa sasaran UTHM adalah untuk menang pada setiap perlawanan, iaitu menghadapi perlawanan satu demi satu. Beliau juga berkata pasukan UTHM akan fokus pada matlamat segera. Jika mereka berjaya fokus dalam menang setiap perlawanan, maka mereka dapat memenangi pingat emas.”

Kedua-dua pasukan UM dan UniMAP yang telah memenangi perlawanan semalam dengan keputusan UM 5-0 dan UniMAP 4-1, telah melawan antara satu sama lain pada hari ini. Oleh itu, perlawanan pada hari ini adalah amat penting bagi kedua-dua pasukan untuk mengukuhkan kedudukan. Ahkirnya UM menang dengan mata 4-1.

Selain itu, UKM menewaskan UTM dengan masanya selama tiga jam dan ahkirnya menang dengan mata 5-0. Pengurus pasukan badminton UKM, Encik Saidi Ismail berkata bahawa sasaran tahun ini ialah pingat emas kerana pasukan badminton UKM telah mendapat pingat gangsa sebelum ini. Mengenai perlawanan yang menggunakan masa yang agak lama pada hari ini, beliau berasa tidak akan menjejaskan perlawanan esok, mereka masih boleh menanganinya.

Keputusan kumpulan lelaki (19 Sept)

UniMAP – UM           1 – 4
KPT – UMS        1 – 4 
UKM – UTM        5 – 0 
UTHM – UteM        5 – 0
USIM – UPM        0 – 5 
UMT – UMK        4 – 1 
UniSZA – UPSI        2 – 3 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal