Buletin Penuh

Lompatan liyana beri kilauan emas buat UPM

Lompatan liyana beri kilauan emas buat UPM

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

KAJANG, 21 Sept - Norliyana Kamarudin menceriakan kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila lompatannya dalam acara lompat jauh kategori wanita senior memberi kilauan emas UPM di Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan atlet heptatlon negara berkata akan terus melakukan yang terbaik dalam menyumbangkan emas buat UPM. 

"Saya berasa gembira apabila dapat memberi emas untuk UPM dan akan untuk terus meningkatkan catatan terbaik peribadi pada masa akan datang.

"Sebelum membuat lompatan saya akan pastikan supaya saya dapat lakukan yang terbaik dan berusaha sedaya upaya bagi mendapatkan emas," katanya.

Beliau yang beraksi di Stadium Mini Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) melakukan lompatan sejauh 5.30 meter (m) meninggalkan lawannya daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Nur Syuhaibah Juwiah Jusoh dengan catatan 3.62m.

Pingat gangsa acara itu dimenangi oleh Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Nur Haslinda Md Husin dengan catatan 3.58m. 

Sementara itu, bagi acara yang sama kategori lelaki senior diungguli oleh atlet UniSZA, Muhammad Hafiz A. Bakar dengan lompatan sejauh 5.88m manakala perak dan gangsa milik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohamed Baihaqi Razlan dengan catatan 5.55m dan Mohd Aidil Ali, 5.53m. - UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal