Buletin Penuh

Norliyana sumbang empat emas olahraga buat UPM

Norliyana sumbang empat emas olahraga buat UPM

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

KAJANG, 22 Sept - Norliyana terus berkilau dalam acara balapan dan padang dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 apabila menambah koleksi emas keempatnya menerusi acara 200 meter (m) wanita senior, hari ini. 

Kejohanan ini menyaksikan beliau menyumbangkan emas dalam acara lompat jauh, 200m, 4x100m dan lontar peluru. 

Beliau berkata sebagai atlet heptathlon Malaysia, beliau berusaha untuk membuat yang terbaik demi emas Universiti Putra Malaysia (UPM) walaupun mempunyai tiga acara sehari.

"Saya sentiasa berusaha untuk mencapai target peribadi yang terbaik dalam setiap acara. Mungkin saya sudah terbiasa dengan acara heptathlon yang kena banyak sertai acara jadi saya tidak terganggu untuk berlari dan melontar peluru hari ini. 

“UPM  juga ada membuat kem untuk staf sebagai persiapan SUKUM jadi di situ juga saya berlatih bagi meraih emas. Cuma tadi hujan jadi trek sedikit licin menyebabkan catatan masa tidak daripada biasa,” katanya ketika ditemui di Stadium Mini, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Dalam pada itu, beliau meraih gangsa bagi acara 4x400m kategori wanita senior yang baru sahaja berlangsung petang tadi di sini, hari ini. 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal