Buletin Penuh

UM DAN UKM TEPATI RAMALAN KUASAI GELANGGANG TAKRAW SUKUM 2022

UM DAN UKM TEPATI RAMALAN KUASAI GELANGGANG TAKRAW SUKUM 2022

Oleh: Dahlan Ismail Abu Bakar

Serdang, 20 Sept- Acara sepak takraw membuka tirai permainan hari ini dengan menyaksikan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan (UKM) memenangi perlawanan peringkat kumpulan masing-masing. 

UM yang diramal bakal menguasai gelanggang ke peringkat akhir menampilkan barisan pemain muda dan berpengalaman serta menewaskan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan mata 2-0 dibarisi pemain senior Azarul Azwan A.Rizal, Nasrul Halim M. Yusop dan Muhammad Farulhairy.

Sementara itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menewaskan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2-0 turut menurunkan barisan muda yang dibarisi pemain senior Mohd. Norakmar, Muhammad Nur Aiman dan Mohd. Norizal.

Format permainan pada temasya kali ini adalah secara berpasukan dengan komposisi regu senior, regu veteran dan beregu.

Perlawanan hari ini turut menampilkan Universiti Putra Malaysia (UPM) menentang musuh tradisi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam kumpulan B. Perlawanan sengit tradisi ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 di awal permainan dan kemenangan berpihak kepada pasukan UTM.

Menariknya, UPM turut dibarisi satu-satunya pemain wanita Nurakhirah Syafa bekas pemain Skuad Kebangsaan Sepak takraw Wanita dalam kategori beregu. Manakala Universiti Teknologi Mara (UiTM) menewaskan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan mata 2-0.

Saingan peringkat kumpulan ini diteruskan hingga 22 September ini.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal