Buletin Penuh

SAINGAN SENGIT DOMINASI BOLA SEPAK VETERAN

SAINGAN SENGIT DOMINASI BOLA SEPAK VETERAN

Oleh: Faruq Irsyad bin Razali

SERDANG, 17 SEPTEMBER  - Skuad bola sepak veteran Universiti Sains Malaysia (USM) menyasarkan untuk masuk ke pusingan akhir pada temasya Sukan Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022, di sini, bermula esok.


Wakil skuad bola sepak USM, Zairi bin Mohd Nor (46), berkata berbekalkan persiapan rapi selama sebulan setengah yang lalu, pastinya sasaran tersebut dapat dicapai di samping memberikan persembahan yang terbaik.


“Kita sedar bahawa saingan hebat bakal diberikan oleh Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pendatang baharu seperti Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) pastinya turut memberikan tentangan yang sengit.”


Skuad bola sepak veteran tuan rumah, Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menyasarkan untuk masuk ke pusingan separuh akhir.


Antara persiapan yang telah dilakukan oleh skuad tuan ramah adalah seperti mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Veteran Malaysia dan latihan yang dianjurkan Akademi Sukan UPM.


“Cabaran yang dihadapi oleh skuad kita sendiri adalah apabila pemain mendapat kecederaan dan dari segi stamina pula kadang-kadang kurang memberangsangkan disebabkan faktor usia. Namun kita berjanji untuk memberikan prestasi terbaik sepanjang perlawanan.”


Pengurus skuad bola sepak veteran UPM, Osman bin Asnawi (56) turut menyatakan antara universiti yang akan memberikan tentangan hebat adalah seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).


“Secara peribadinya juga, saya merasakan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) akan turut mendominasi permainan memandangkan kebanyakan pemain senior mereka yang dahulu kini memasuki kumpulan veteran”.


Perlawanan bola sepak veteran Temasya Sukan Universiti Malaysia (SUKUM) akan bermula pada pagi esok di padang A, C, D, dan 10 UPM. - UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal