Buletin Penuh

UUM DAN UNIMAP BERJAYA MARA KE SUKU AKHIR ACARA BADMINTON WANITA

UUM DAN UNIMAP BERJAYA MARA KE SUKU AKHIR ACARA BADMINTON WANITA

Oleh Tan Sher Kee

BANGI, 19 Sept – Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berjaya melangkah ke suku akhir dalam acara badminton perempuan di UpTown Sports. 

UUM telah menewaskan UiTM 2-1 dalam perlawanan semalam serta UM 2-1 dalam perlawanan hari ini dalam saingan Kumpulan A manakala UniMAP menewaskan UKM 2-1 dalam perlawanan semalam dan UMK 3-0 dalam perlawanan hari ini dalam saingan Kumpulan B.

Jurulatih pasukan badminton UUM, Encik Shukhairy Kamaruzaman berkata sekarang mereka tidak mempunyai perasaan tekanan tetapi perlu bersiap sedia dengan baik untuk perlawanan seterusnya supaya dapat menewaskan pihak lawan yang kuat. Beliau juga menerangkan bahawa persediaan mereka adalah dari segi fizikal dan mental.

“Kita akan memberi motivasi kepada semua pemain untuk bersiap sedia berhadapan dengan pemain-pemain yang agak bagus daripada kita, jadi kita menggalakkan persediaan mental dan berharap pemain akan kurangkan kecederaan.” kata beliau di UpTown Sports, Bangi.

Sementara itu, pengurus pasukan badminton UniMAP, Encik Wong Yee Shian berkata mereka berharap tidak akan menentang dengan pasukan UUM disebabkan kekuatan mereka. Walaubagaimanapun, perkara yang penting bagi mereka adalah menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan tanpa kira akan melawan dengan apa pasukan.

Akhir sekali, beliau turut memuji tahap prestasi pasukan perempuan pada hari ini adalah baik dan sama seperti biasa. Beliau berasa pasukan perempuan mempunyai peluang untuk mara ke separuh akhir.

Keputusan kumpulan perempuan (19 Sept)
UUM – UM        2 – 1 
UTeM – UPM        1 – 2 
UMS – UMT        0 – 3 
UniMAP – UMK    3 – 0 
KPT – UTM        1 – 2 
USIM – UPSI        1 – 2 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal