Buletin Penuh

UPM DAN UTeM MEMBUKA TIRAI GELANGGANG HOKI SUKUM 2022

UPM DAN UTeM MEMBUKA TIRAI GELANGGANG HOKI SUKUM 2022

Oleh: Shaikh Mustafa

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Skuad hoki Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat langkah kanan dengan mengalahkan skuad hoki Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dalam aksi pembukaan sukan hoki SUKUM 2022. Perlawanan tunggal pada hari ini bagi kumpulan C berakhir dengan mata 3-1.

Ahmad Fouzi Abdul Tahir ketika ditemukan sebelum permainan dimulakan berkata “Pasukan UPM mempunyai harapan yang sangat tinggi untuk membawa pulang pingat emas dan kami sangat besedia dengan latihan yang cukup untuk sasaran pingat emas untuk pasukan tuan rumah”

Pada awal perlawanan, UTeM lebih banyak menguasai perlawanan dengan sokongan Hazriq Izuan bejersi nombor 13 di bahagian kiri serangan. Namun, gol sulung UPM muncul dijaringkan oleh Mohamad Syakir Hamzah bejersi nombor 5 pada minit ke 27. Perlawanan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.|

Separuh masa kedua dihangatkan lagi dengan jaringan padang dari Farudin Hanif bejersi nombor 11. Gol penyamaan itu diberikan pada minit ke 35 dari pergelutan merampas bola di hadapan gawang.

Mohd Fazriq Mohd Ali Napiah menjaringkan gol kedua untuk UPM melalui lorongan dari Mohmad Redza Maadon pada minit ke 40. Pada minit ke 44 pula, Danial Asyraf Abdul Ghani hampir menjaringkan gol padang tetapi sasaran terkena palang menunjukkan penguasan padang telah diambil alih oleh pasukan UPM.

Seterusnya, pemain nombor 7, Muhamad Khairul Mohamad Noor hampir berjaya menskor gol  setelah bola dibawa oleh rakan sepasukan ke arah gawang lawan, tetapi terkena tampanan di kaki penjaga gol pasukan UPM.

Gol yang terakhir disumbangkan oleh Mohmad Redza Maadun pada minit ke 50.

Jurulatih pasukan hoki UTeM, Fawwaz Amir Kamarudin berkata “Kami dapat kumpulkan pemain yang baharu dan lama dan menajalani latihan pusat selama dua minggu. Ini merupakan kali pertama sejak 18 tahun UTeM menghantar pasukan hoki dan kami yakin dengan sasaran untuk mendapatkan runner up dalam saingan ini. Selepas inj kami akan cuba untuk mengalahkan UITM”.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal