Buletin Penuh

UTeM MASIH BANGGA DENGAN PENCAPAIAN

UTeM MASIH BANGGA DENGAN PENCAPAIAN

Oleh: Shaikh Mustafa

Kuala Lumpur, 22 September - Pasukan hoki Universiti Utara Malaysia (UUM) masih di landasan dengan mendapat kemenangan kedua berturut-turut, kali ini menentang Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dengan mata 3-0 pada kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022, hari ini.

"Alhamdulillah kami dah berpuas hati kerana telah sampai ke peringkat ini, Dengan meningkatkan prestasi yang sedia ada dan akan kembali dengan lebih baik. Perlawanan kali ini kami lihat akan kekurangan peluang di bahagian serangan menyebabkan sukar untuk kami membolosi pertahanan mereka" kata Hazriq Izzuan Jaafar. 

Sambungnya lagi, "Tahniah UUM dan buat yang terbaik menentang UKM. Kami sepasukan juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof Dr Massila Kamalrudin selaku Naib Canselor UTeM kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk berjuang pada SUKUM 2022 ini. Saya mengambil peluang ini utk mengucapkan tahniah kepada seluruh Team Hoki UTeM"

Persembahan hebat dari kedua pasukan pada awal perlawanan terutama pada suku kedua apabila tiga cubaan dari Khairul Aiman Mohd Noor dapat ditepis oleh penjaga gol UTeM, Fadzley Nordin dengan cemerlang.

Gol pertama perlawanan adalah melalui penalty shootout dari Muhammad Farid Md Zuki mudah ke penjuru bawah kiri gawang pada minit ke 25. Minit ke 48 pasukan hoki UUM sekali lagi menyumbang mata melalui gol padang dari Khairul Aiman Mohd Noor dan seterusnya satu gol dari Abdul Rashid Azizan pada minit ke 52 hasil bergandingan dengan Khairul Aiman.

"Terima kasih kepada urusetia dan penganjur dan tahniah kepada pasukan UUM kerana berjaya memenangi perlawanan hari ini. insyaAllah malam ini kami akan berbincang mengatur strategi dan memperbaiki kelemahan yang ada untuk menentang UKM pada esok hari. Kami ingin juga bertemu dengan tuan rumah pada peringkat akhir," kata kapten pasukan hoki lelaki UUM, Muhammad Mat Yusof kepenatan setelah selesai perlawanan.

Skuad Hoki UUM akan berdepan UKM pada pukul 5 petang esok di Stadium Hoki Kuala Lumpur untuk kejohanan SUKUM UPM 2022.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal